Selamat Menyambut Maulidur Rasul 12 Rabiuawal 1445H
- Super User
Maulidur Rasul 1445H/ 2023
Sambutan Maulidur Rasul 1445H/ 2023 di Malaysia akan disambut pada hari Khamis 28 September 2023 dengan tema "Perpaduan Teras Malaysia Madani".DGES Naib Johan Kejohanan Silat Kebangsaan
- Super User
Tahniah!! WAN MUHAMMAD NAQIUDDIN BIN WAN ABD AZIRY Naib Johan Kejohanan Silat Kebangsaan Piala Pengarah MSNT
DGES Juara Catur Terengganu P18
- Super User
SMKADG sekali lagi mengekalkan momentum kejayaan apabila kali ini berjaya menungguli pertandingan catur peringkat negeri Terengganu dengan membawa pulang Anugerah Pingat Emas. Pasukan Marang yang diwakili oleh semua pelajar SMKADG telah berjaya muncul juara kategori catur berkumpulan P18. Pasukan ini diangotai oleh Nur Syamimi bt Suhud, Husna bt Adib Rahim ,Sara bt Zayufi Hairil dan Nur Alia Salsabila bt Roslan. Tahniah Diucapkan.
SMKADG JOHAN BOLA BALING MSSD MARANG 2023
- Super User
Kemampuan pelajar SMKADG dalam arena sukan sama sekali tidak boleh dipandang enteng. Setelah muncul Johan dalam kejohanan Bola sepak MSSD Marang,
SMKADG kini muncul juara Kejohanan Bola Baling Lelaki Bawah 18 Tahun Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Marang 2023.
Kejohanan berlangsung pada 5 hingga 6 Julai di gelanggang futsal Kg Undang, Marang, itu menyaksikan SMKADG mengatasi 13 sekolah lain di dalam daerah Marang yang mengambil bahagian.
Jurulatihnya, En. Hisham berkata, pasukannya membabitkan pelajar tingkatan empat dan lima yang masih kurang pengalaman serta pendedahan.
"Mereka adalah pelajar aliran agama tingkatan empat hingga lima yang kurang kurang pengalaman, kurang pendedahan dan tiada sebarang perlawanan persahabatan sebelum kejohanan.
"Apapun, kekuatan mental dan rohani pemain menjadi faktor penting kepada kejayaan kali ini," katanya.
Menurutnya, dua kelebihan utama pelajar agama adalah mental yang bijak dan cepat menguasai setiap latihan serta permainan, selain kekuatan rohani dan keazaman untuk menang.
"Sebenarnya saya latih tak sampai dua minggu pun tapi mereka cepat belajar.
"Saya tengok masa perlawanan sebelum ini bila masuk saja gelanggang dan wisel ditiup mereka terus jadi bersemangat. Itu kekuatan mereka," katanya.
Hisham berkata, walaupun pasukannya menjalani latihan dalam keadaan agak mencabar disebabkan kekurangan kemudahan di sekolah, dia tetap berpuas hati dengan kesungguhan ditampilkan pemainnya.
Menurutnya, kekangan kemudahan itu termasuk mereka memiliki gelanggang, tetapi tidak mengikut ukuran sebenar gelanggang bola baling.
"Bagaimanapun, saya puji semangat pemain dan mereka ada kelebihan tersendiri," katanya.
PASUKAN DGES JUARA BOLA SEPAK MSSD MARANG
- Super User
Johan kategori perempuan Pertandingan Seni Khat Sekolah Menengah Agama Terengganu
- Super User
Alhamdulillah. Nur Zalikha Izzati bt Mohd Razaman (5 Khawarizmi) telah dinobatkan sebagai Johan kategori perempuan Pertandingan Seni Khat Sekolah Menengah Agama Terengganu sempena Maal Hijrah. Tahniah Diucapkan..